Alam kehidupan

Wednesday, 19 December 2012

LAMBERT THE SHEEPISH LION 1951

Gatkiy Utyonok 01

Mickey Mouse 90 1937 Pluto's Quin puplets -- www.ToonPot.com

Silly Symphony - Mother Pluto

Walt Disney: Water Babies Silly Simphonies

Disney's (1943) Figaro and Cleo

Learn Grade 3 - Science - How Animals Eat

Learn Grade 3 - Science - Animals and Their Shelters

Learn Grade 3 - Science - Parts of Animals

Sperm Whale Encounter HD

Learn Animal Body Parts - Part 1

Wednesday, 12 December 2012

Animals Video for Kids

Animals Video for Kids-Part 2

Flashcards for kids - Domestic Animals

Flashcards for kids - Animals and Their Young Ones

Flashcards for kids - Insects

Life cycle of a chicken- Digital Story

Flash cards for children - Wild Animals

Europes Last Wild Horses

Animal Video - Zoo,Forest Lesson for Kids, www.makemegenius.com educati...

Know more About Animal Kingdom - Animated Animal Stories - English

Tuesday, 11 December 2012

The Ant and the Aardvark - Aflevering 01

Baby Aardvark and Mom at Brookfield Zoo

Baby animals and mothers!

ANIMALS MOTHER & BABY

DELHI SAFARI 3D

The Animal Sounds Song

science (playlist)

science (playlist)

A Snail's Life

Microworlds- The Secret Life of the Snail

Friday, 7 December 2012

٩(-̮̮̃-̃)۶ ºANACONDA GIVING BIRTH ANACONDA PARIENDO. sucuri



SAKSIKAN BAGAIMANA ANACONDA MELAHIRKAN ANAK
            



Platypus Parts



Watch and enjoy viewers



chicken dance ha ha





HA HA AYAM PUN BOLEH MENARI TONTONILAH.




Evolution and the Platypus

Bagaimana haiwan jenis burung membiak?




BURUNG MERAK



Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.



 
BURUNG UNTA


Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. 

Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). 

Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta adalah telur terbesar. 


Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur. 

Bagaimana hidupan yang hidup di dua alam tumbesar.



PENYU


                                 

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. 

Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.


PLATIPUS


Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil endemik di bahagian timur Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). 

Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus, walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti "hidung burung" dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik". Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.


Cara haiwan yang hidup di dua alam membiak.




PENGUIN

Pengenalan awal mengenai haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur telah diberikan pada tempoh hari menerusi tayangan video melalui You Tube yang berjudul "What animals lay eggs?". Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih lanjut apakah haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur?


Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. 

Setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut.



Haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak


Haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-

KAMBING

Kambing (bahasa Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas.

Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).


BADAK CIPAN

Badak cipan berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus) boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan "Neotropics". 

Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30 tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.


MUSANG

Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada  famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. 

Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. 

Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok. Musang  aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.


PAUS

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa ), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak dan mempunyai empat ruang jantung. 

Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. 

Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.
SIAMANG

Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. 

Siamang jantan lebih besar berbanding siamang bentina dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. 


Siamang betina berjalan tegak dangan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan. Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya. Akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai susu.

Kelawar, kucing, kuda, tikus, anjing, ikan lumba-lumba dan sebagainya juga merupakan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak

ZT2. Animals giving birth






Haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak. 
Marilah kita bersama-sama menontoninya





What animals lay eggs?




Cara pembiakan haiwan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
  1. Pembiakan secara bertelur
  2. Pembiakan secara melahirkan anak.
Secara pengenalan awal, haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur boleh diperkenalkan menerusi tayangan video melalui You Tube.



Friday, 30 November 2012

Nature, Music, Animals, Early Science - Preschool Activities

Learn all about Butterfly Life Cycle at www.turtlediary.com

The Life Cycle of a Butterfly

Frog life cycle animation

Life Cycle Of A Frog

Moral Stories - Animated Stories - English

Animal Video - Zoo,Forest Lesson for Kids, www.makemegenius.com educati...

Facts about mammals

Elementary Science: Animals: Mammals

Seahorse love!

Five Headed Snake In India

Galapagos Sea Lion Birth

Born in the wild

The Lion King- Born to Be Wild

sea turtle laying 209 eggs on bird island

The Most Extreme on Animal Planet "Killer Cats" with Scott Lope

Saturday, 17 November 2012

JAWAPAN BAGI LATIHAN


Jawapan latihan
 

Tanda (√) pada ruangan yang disediakan mengikut habitat haiwan masing-masing.

                         Habitat
Haiwan
Hidup di dalam air sahaja
Hidup di  darat  sahaja
Hidup di  darat dan di dalam air
1) udang


2) tupai


3) anjing laut


4) rama-rama


5) tiram


6) memerang


7) tenggiling


8) kerang


9) katak




Alam kehidupan


3)Contoh haiwan yang hidup di darat dan di dalam air.
                                                                
                                                 
katak   
                                                       

                                                       
                                                 
kura-kura






                                                               
                                                           
buaya                                                              
                                                






Latihan untuk murid-murid
  
Tanda (√) pada ruangan yang disediakan mengikut habitat haiwan masing-masing.
                         Habitat
Haiwan
Hidup di dalam air sahaja
Hidup di  darat  sahaja
Hidup di  darat dan di dalam air
1) udang



2) tupai



3) anjing laut



4) rama-rama



5) tiram



6) memerang



7) tenggiling



8) kerang



9) katak



      
   

Friday, 16 November 2012

Nursery Rhymes - Baa Baa Black Sheep - ABM TIDAK MEMBOSANKAN KIDS

BAHAN BANTU BELAJAR FOR KIDS



POPULAR NURSERY RHYMES





BAHAN BANTU BELAJAR SEMASA KELAS GANTI

SAYANGI BINATANG


Do love animals guys.







BAHAN BANTU BELAJAR SAINS



BAHAN INI TELAH DIGUNAKAN SEMASA PROSES RAKAMAN MAKRO

DI SK KAMPONG POH IAITU SEBUAH SEKOLAH (SKM) YANG TERLETAK 

TIDAK BERAPA JAUH DARI PEKAN BIDOR.


TAJUK PELAJARAN SAINS TAHUN 2

MEMAHAMI TUMBESARAN HAIWAN

CARA SEEKOR BURUNG MEMBIAK .







CARA SEEKOR KAMBING MEMBIAK.


KEDUA-DUA TAYANGAN DIATAS TELAH MENARIK MINAT  MURID SAYA. YA! 

SAYA DAPATI MURID TAHUN 2 LEBIH SERONOK MELIHAT TAYANGAN SEPERTI 

INI.

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BEJALAN DENGAN LANCAR.

INI ADALAH KERANA MURID  BERASA SERONOK DAN SECARA TIDAK 

LANGSUNG MURID SEMUA MURID MELIBATKAN DIRI MEREKA DENGAN AKTIF.


KAWAN-KAWAN LAIN BOLEH CUBALAH!!!