Alam kehidupan

Friday, 7 December 2012

Bagaimana haiwan jenis burung membiak?




BURUNG MERAK



Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.



 
BURUNG UNTA


Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. 

Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). 

Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta adalah telur terbesar. 


Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur. 

No comments:

Post a Comment