Alam kehidupan

Friday, 7 December 2012

Cara haiwan yang hidup di dua alam membiak.




PENGUIN

Pengenalan awal mengenai haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur telah diberikan pada tempoh hari menerusi tayangan video melalui You Tube yang berjudul "What animals lay eggs?". Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih lanjut apakah haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur?


Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. 

Setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut.



1 comment:

  1. Menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete